Monday, 13 April 2015

Oh My English ! Kursus Lanjutan Menggunakan Bahasa Inggeris Dengan Yakin Di Tempat Kerja Dan Di Mana-Mana

Pengenalan

Kursus lanjutan ini adalah kursus intensif 3 hari yang telah dirumus khas untuk membimbing para peserta  menambah keyakinan bertutur dan menulis dalam Bahasa Inggeris sambil meningkatkan penguasaan kosakata, tatabahasa dan sebutan.

Matlamat Kursus

Masakini, kita tidak dapat mengelak daripada menggunakan Bahasa Inggeris dalam penggunaan seharian. Ianya bahasa pengantara penting yang digunakan untuk berhubung serta menyampaikan ilmu. Namun, akibat daripada penguasaannya yang lemah, ramai yang mengelak daripada menggunakannya. Hal ini berlaku kerana kita dibelenggu perasaan tidak yakin dan malu yang berkait rapat dengan keadaan kita yang berada di dalam satu kitaran negatif berhubung dengan Bahasa Inggeris. Keadaan ini menjejaskan kewibawaan diri lantas melunturkan keberkesanan kerja dan kecemerlangan kerjaya.

Kursus ini bertujuan untuk membantu peserta-peserta keluar daripada belenggu kitaran negatif dan memulakan satu kitaran positif dengan pendekatan menggunakan Bahasa Inggeris tanpa rasa takut untuk melakukan kesilapan kosakata, tatabahasa dan sebutan. Setelah tamat kursus, peserta-peserta akan dapat menggunakan Bahasa Inggeris dengan lebih yakin, berkesan dan bergaya lantas menjadikannya satu titik permulaan untuk terus menguasainya dengan cemerlang.

Pendekatan Kursus

Kursus ini menggunakan pendekatan kaedah pembelajaran dewasa yang mengguna pakai strategi pembelajaran aktif dan tuntas demi memastikan tahap pemahaman dan ingatan yang tinggi. Peserta-peserta akan menumpukan 80% daripada peruntukan masa kursus menjalankan aktiviti-aktiviti latihan secara perseorangan, berpasangan dan berkumpulan dalam suasana yang rancak dan penuh keriangan. Hanya 20% daripada peruntukan masa kursus dalam bentuk taklimat dan arahan daripada jurulatih.


Sukatan Kursus

Modul 1
Mengatasi Takut Menggunakan Inggeris
Perihal ketakutan menggunakan Bahasa Inggeris
Belenggu kitaran negatif
Memulakan kitaran positif
Cara mudah menambah penguasaan
Akujanji

Modul 2
Pengenalan Diri
Latihan memperkenalkan diri
Kosakata berkaitan pengenalan diri
Penggunaan tatabahasa untuk menunjukkan tempat dan masa (preposition)
Pengenalan kosakata dan tatabahasa yang berkaitan

Modul 3
Tatabahasa: Menyesuaikan Bentuk Katakerja Mengikut Keadaan Dan Masa (Present Perfect & Perfect Continuous Tense)
Perihal peraturan keadaan dan bila perlu menggunakan “Present Perfect Tense” contohnya He has worked at SPR for 5 years;
dan “Present Present Continuous Tense” contohnya He has been washing since 4 pm.

Modul 4
Perbualan Telefon
Latihan perbualan telefon
Mencatat maklumat
Menyelesaikan masalah
Pengenalan kosakata
tatabahasa yang berkaitan

Modul 5
Tatabahasa: Menyesuaikan Bentuk Katakerja Mengikut Keadaan Dan Masa (Future Tense & Future Continuous Tense)
Perihal peraturan keadaan dan bila perlu menggunakan “Future Tense” contohnya He will wash his car tomorrow;
“Future Continuous Tense” contohnya He will be washing his car at 4.30pm tomorrow.

Modul 6
Perbualan di Kaunter
Latihan perbualan di kaunter
Menemuduga pelanggan
Menyelesaikan masalah
Meminta maklumbalas
Pengenalan kosakata
tatabahasa yang berkaitan

Modul 7
Pembetulan Sebutan
Pembetulan sebutan perkataan-perkataan yang sering salah disebut contohnya kuh-rekt dan bukan ko-rekt untuk “correct” dan lain-lain
Bunyi t berangin dan bukan t mati
Bunyi k berangin dan bukan k mati

No comments:

Post a Comment