Tuesday 5 May 2020

Motivasi Isnin


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Tanpa kita sedar, ramai orang di sekeliling kita yang terputus sumber pendapatan kerana Perintah Kawalan Pegerakan (PKP) yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan.

Ada yang sudah diberhentikan kerja, ada yang gajinya dipotong setengah gaji, dan baru-baru ini saya lihat posting di Facebook, ketua keluarga berpusu-pusu pergi ke kedai pajak gadai untuk menggadaikan harta mereka untuk kelangsungan hidup.

Kepada golongan berkenaan, saya ingin mengambil potongan ayat Al-Quran, surah Al Insyirah, ayat 5. "Maka sesungguhnya bersama kesukaran itu ada kemudahan".

Saya berdoa semoga Allah SWT memberikan perlindungan dan meluaskan rezeki semua rakyat Malaysia, Insya Allah. Salam 11 ramadan.

No comments:

Post a Comment