Saturday, 27 June 2020

Kata-Kata Motivasi


Assamualaikum dan salam sejahtera,

Kita sentiasa inginkan yang terbaik untuk diri kita. Justeru kita sentiasa berusaha bersungguh-sungguh mendapatkan sesuatu untuk menambah baik hidup kita. 

Ini termasuklah menginginkan kereta yang lebih besar, rumah yang lebih selesa dan pelbagai lagi.

Kita juga berasa cemburu melihat orang sekeliling kita mendapat benda tersebut sebelum kita. Tanpa kita sedar, kita mula merungut dengan apa yang kita ada.

Maka, saya ingin berkongsi satu hadis untuk peringatan kita semua. "Barang siapa yang tidak mensyukuri yang sedikit,maka dia tidak akan mampu mensyukuri sesuatu yang banyak" (HR. Ahmad).

Jadilah orang yang sentiasa bersyukur dengan yang sedikit. Jika tidak, anda tidak akan pernah bersyukur walau seberapa banyak pun rezeki anda.

#tripleAtraining
#traininganddevelopment
#skillsenhancement
#professionaldevelopment
#productivityandperformance
#pembelajaransepanjanghayat
#HRDFRegisteredTrainingProvider
#PembekalLatihanBerdaftarMOF
#PembekalLatihanBerdaftarKementerianKewangan
#PembekalLatihanBerdaftarEperolehan

No comments:

Post a Comment