Monday, 17 June 2013

Kursus Pengurusan Dokumen & Sistem Fail Berkesan

Pengenalan

Kursus intensif  sehari ini dirumus khas untuk membimbing peserta mendalami kaedah dan teknik pengurusan dokumen dan system fail yang berkesan.

Matlamat Kursus

Masakini, kebanyakan organisasi mengalami masalah produktiviti akibat daripada pembaziran masa mencari dokumen. Maka timbul keperluan bagi kakitangan yang terlibat dalam pengurusan pejabat seperti PA, setiausaha, kerani dan penyelia untuk memantapkan kemahiran pengurusan dokumen dan sistem fail yang sedia ada.

Kursus telah dirumus khas untuk membantu peserta-peserta dalm perkara-perkara di bawah:

1. Mengaplikasi konsep-konsep mengawal rekod dan dokumen

2. Menggunakan prinsip-prinsip pengurusan dokuen yang berkesan

3. Mengambil langkah memperbaiki sistem pengurusan dokumen yang sedia  ada

4. Memulakan tatacara untuk membuka dan mengawal selia dokumen  dan  fail

5. Mengenalpasti masalah-masalah pengurusan dokumen dan fail

6. Mempelajari kaedah terkini dalam pengurusan dokumen

Pendekatan Kursus

Kursus ini mengguna pakai kaedah-kaedah pembelajaran dewasa termasuk rancangan pembelajaran aktif demi meningkatkan kefahaman dan penerapan. Kursus ini memperuntukkan masa untuk kegiatan berseorangan atau berkumpulan bagi membolehkan para peserta mempelajari, membina dan menerapkan kemahiran berkaitan.

Sukatan Kursus

1. Pengenalan Pengurusan Dokumen 

-  Perihal pentingnya mengurus dokumen dengan baik
-  prinsip-prinsip pengurusan dokumen

2. Konsep Kawalan Dokumen

-  Prinsip-prinsip mengawal dokumen 
-  daftar
-  klasifikasi
-  indeks
-  rekod
-  lupus

3. Pengurusan Dokumen

-  Jenis-jenis dokumen
-  penerimaan dan pendaftaran dokumen surat-menyurat
-  tatacara mengurus surat-menyurat sulit menteri dan pengawai kanan 

4. Pengurusan Fail 

-  Jenis-jenis
-  kod dan klasifikasi fail
-  sistem fail
-  megurus fail dalam komputer 

5. Membuka Dan Mengawal Fail 

-  Tatacara membuka
-  menamakan dan mengawal fail

6. Pengunaan Fail 

-  Pengurusan simpanan dan keselamatan fail
-  mengawal pengeluaran dan sebaran fail
-  Menyimpan fail secara digital

Kumpulan Sasaran

Kursus ini boleh dikendalikan untuk staf sokongan dan pegawai secara berasingan atau disekalikan mengikut keperluan penganjur

No comments:

Post a comment