Pengenalan
Organisasi memerlukan individu yang amat efektif bagi menjayakan misi dan organisasi. Individu atau staf yang efektif adalah mereka yang mempunyai ilmu pengetahuan, kemahiran dan sikap yang bersesuaian dengan keperluan dan kehendak organisasi. Program Tujuh Tabiat Individu Yang Amat Efektif adalah berdasarkan idealogi Covey untuk melahirkan modal insan yang sangat berkesan.
Objektif
Secara umumnya program ini bertujuan melahirkan individu atau sumber manusia yang amat berkesan kepada peserta berdasarkan idealogi Covey. Lebih khusus, objektif program ini adalah seperti berikut:-
i. Memperkenalkan tujuh tabiat individu yang amat efektif
ii. Menghayati tujuh tabiat individu yang amat efektif
iii. Mempraktik dan membudaya tabiat individu yang amat efektif
iv. Menganalisis kekuatan tujuh tabiat individu yang amat efektif
Kandungan Program
MODUL 1: ICE BREAKING
Interaksi yang baik antara fasilitator dan peserta akan membantu proses pembelajaran peserta. Justeru itu, modul ini melibatkan aktiviti pembelajaran yang menyoronokkan bertujuan untuk menjana hubungan antara peserta dengan fasilitator yang akhirnya mencetus kepada penglibatan aktif peserta sepanjang program ini. Di samping itu, sesi ini juga membolehkan peserta mengenali dan meneroka kekuatan diri masing-masing.
MODUL 2: KONSEP EFEKTIF/BERKESAN (EFFECTIVE) DAN CEKAP (EFFICIENT)
Modul ini membincangkan konsep efektif/berkesan dan cekap dan kepentingannya kepada organisasi. Kedua-dua konsep ini asas kepada pembentukan modal insan yang produktif.
MODUL 3: TABIAT INDIVIDU YANG AMAT EFEKTIF/BERKESAN
Modul ini membincangkan tujuh tabiat orang yang sangat efektif seperti yang digariskan oleh Stephen R Covey. Setiap tabiat yang dibincangkan disesuaikan dengan konteks dan budaya tempatan serta keperluan organisasi. Tujuh tabiat yang akan dibincangkan adalah:-
i. Jadilah proaktif
ii. Mula dengan mengingat matlamat
iii. Buat perkara pertama dahulu
iv. Fikirkan menang-menang
v. Cuba memahami dan cuba difahami
vi. Bersinergi
vii. Tajamkan gergaji
MODUL 4: TABIAT INDIVIDU YANG AMAT EFEKTIF/BERKESAN (bersambung….)
Modul ini membincangkan tujuh tabiat orang yang sangat efektif/berkesan seperti yang digariskan oleh Stephen R Covey. Setiap tabiat yang dibincangkan disesuaikan dengan konteks dan budaya tempatan serta keperluan organisasi. Tujuh tabiat yang akan dibincangkan adalah:-
viii. Jadilah proaktif
ix. Mula dengan mengingat matlamat
x. Buat perkara pertama dahulu
xi. Fikirkan menang-menang
xii. Cuba memahami dan cuba difahami
xiii. Bersinergi
xiv. Tajamkan gergaji
MODUL 5: GERAKKERJA MEMPERKASA TABIAT INDIVIDU SANGAT EFEKTIF/BERKESAN
Bengkel ini merupakan satu aktiviti yang memerlukan peserta menyediakan satu pelan tindakan untuk menjadi individu yang efektif/berkesan dalam pekerjaan berdasarkan tujuh tabiat orang yang amat efektif.
Metodologi Latihan
Kaedah yang digunakan adalah bersifat interaktif dan penyertaan, bagi membolehkan para peserta memahami dan menghayati input Latihan dan Pendidikan. Kaedah tersebut termasuklah:
• Pembentangan Fasilitator dan Perbincangan
• Perbincangan Kumpulan dan Persembahan
• Permainan
• Bengkel Membina Pelan Tindakan
Training Conducted by Azmi Shahrin HRDF PSMB Training Provider - www.tripleAtraining.com
Business Presentation Skills Training in KL Malaysia - www.businesspresentationskills.com.my
Kursus Pengucapan Awam - www.pengucapanawam.com.my
Kursus Pengucapan Awam Untuk Sekolah - www.kursuspengucapanawam.com
No comments:
Post a Comment