Wednesday, 3 July 2013

Kursus Pengucapan Awam

Pengenalan

Kursus Pengucapan Awam ini adalah kursus intensif 2 hari yang dirumus khas untuk membimbing peserta mendalami kaedah dan teknik penyampaian yang berkesan dan menepati matlamat.


Objektif

Kursus ini bertujuan untuk membantu peserta mengatasi darah gemuruh serta mempelajari kaedah dan teknik kemahiran pengucapan awam yang asas. Peserta juga diberi nasihat dan panduan untuk terus meningkatkan dan memantapkan kemahiran sedia ada.

Kursus ini amat sesuai sebagai langkah permulaan untuk sesiapa yang ingin berkomunikasi secara berkesan dan berhasrat untuk menyampaikan pengucapan awam yang cemerlang. Setelah mengikuti kursus ini, peserta mampu menyampaikan segala bentuk ucapan yang memberangsangkan dengan penuh keyakinan.

Kursus ini mengguna pakai kaedah-kaedah pembelajaran dewasa termasuk rancangan pembelajaran aktif demi meningkatkan kefahaman dan penerapan. Kursus ini memperuntukkan 80% masa untuk kegiatan berseorangan atau berkumpulan bagi membolehkan para peserta mempelajari, membina dan menerapkan kemahiran Pengucapan Awam.

Buku kerja akan digunakan untuk memudah pemahaman. Buku kerja ini juga mengandungi latihan-latihan tambahan untuk digunakan oleh peserta setelah tamat kursus. Bilangan peserta dihadkan kepada 20 orang untuk memastikan setiap peserta mendapat perhatian peribadi.


Sukatan Kursus

1. Modul Pertama

-  Pengenalan kepada Ilmu Pengucapan Awam - perihal pentingnya  kemahiran Pengucapan Awam, imbasan
   ucapan-ucapan yang cemerlang

2. Modul Kedua

-  Penilaian Diri - di mana saya berada sekarang dan ke mana saya ingin tuju?

3. Modul Ketiga

-  Mengatasi Darah Gemuruh & Menghindari Penongkat Ucapan - tugasan ucapan pertama

4. Modul Keempat

-  Penyusunan Pengucapan Awam - pembukaan, isi kandungan & penutup, logik & urutan

5. Modul Kelima

-  Bahasa Tubuh - gerakan tangan, gaya berdiri, mimik muka, tatapan  mata

6. Modul Keenam

-  Kepelbagaian Suara - kederasan & kelantangan suara, kaedah berdiam
   seketika

7. Modul Ketujuh

-  Perbendaharaan Kata Pinjaman - mengurangkan penggunaan perkataan - perkataan yang dicedok
   daripada Bahasa Inggeris, sebutan yang betul  untuk perkataan pinjaman yang boleh diterima

8. Modul Kelapan

-  Langkah-langkah Selanjutnya - penilaian diri sekali lagi, perbandingan dengan keputusan terdahulu, apa
   yang perlu dilakukan sekarang untuk terus maju


Kumpulan sasaran

Kursus Pengucapan Awam ini boleh dikendalikan untuk staf sokongan dan pegawai secara berasingan atau disekalikan mengikut keperluan penganjur. Kami berpendirian bahawa setiap insan memerlukan kemahiran Pengucapan Awam dan wajar memperoleh kemahiran ini seawal mungkin.







No comments:

Post a Comment