Wednesday, 3 July 2013

Kursus Penyampaian Dengan Powerpoint Berkesan


Pengenalan

Kursus Penyampaian Berkesan ini adalah kursus intensif sehari yang dirumus khas untuk membimbing peserta mendalami kaedah dan teknik penyampaian yang bertenaga, berkesan dan menepati matlamat.


Objektif

Kursus ini bertujuan untuk membantu peserta mengatasi darah gemuruh serta mempelajari kaedah dan teknik kemahiran penyampaian yang bertenaga dan berkesan. Melalui kursus ini, peserta akan diberi nasihat dan panduan untuk terus meningkatkan dan memantapkan kemahiran sedia ada. Kursus ini amat sesuai sebagai langkah permulaan untuk sesiapa yang ingin berkomunikasi secara berkesan dan berhasrat untuk menyampaikan ucapan serta taklimat yang cemerlang. Setelah mengikuti kursus ini, peserta mampu menyampaikan segala bentuk ucapan yang memberangsangkan dengan penuh keyakinan.

Kursus ini mengguna pakai kaedah-kaedah pembelajaran dewasa termasuk rancangan pembelajaran aktif demi meningkatkan kefahaman dan penerapan. Kursus ini memperuntukkan 80% masa untuk kegiatan berseorangan atau berkumpulan bagi membolehkan para peserta mempelajari, membina dan menerapkan kemahiran penyampaian. Buku kerja akan digunakan untuk memudah pemahaman. Bilangan peserta dihadkan kepada 20 orang untuk memastikan setiap peserta mendapat perhatian peribadi.


Sukatan Kursus

Modul 1
  • Pengenalan kepada Ilmu Pengucapan Awam - perihal pentingnya kemahiran Pengucapan Awam, imbasan ucapan-ucapan yang cemerlang

Modul 2
  • Mengatasi Darah Gemuruh & Menghindari Penongkat Ucapan – cara bagaimana mengatasinya

Modul 3
  • Kemahiran Penyampaian Bertenaga Asas – gerakan tangan, cara berdiri, mimik muka, tatapan mata, lontaran dan kepelbagaian suara

Modul 4
  • Susunan Penyampaian Berkesan – kerangka pembukaan, isi kandungan & penutup, logik & urutan

Modul 5
  • Penyampaian Menggunakan Powerpoint – menghindari kesilapan-kesilapan utama menggunakan Powerpoint, menggunakan Powerpoint sebagai alat bantu pandang


Kumpulan Sasaran

Kursus Pengucapan Awam ini boleh dikendalikan untuk staf sokongan dan pegawai secara berasingan atau disekalikan mengikut keperluan penganjur. Kami berpendirian bahawa setiap insan memerlukan kemahiran Pengucapan Awam dan wajar memperoleh kemahiran ini seawal mungkin.

No comments:

Post a Comment