Tuesday, 2 July 2013

Kursus Pengurusan Stor Dan Inventori Berkesan

Pengenalan

Masakini, banyak organisasi mengalami tahap produktiviti yang rendah akibat masalah pengurusan stor dan inventori. Jika stor dan inventori tidak diurus dengan kemas maka banyaklah masa dan kos yang terbazir menggantikan stok yang telah luput, rosak,  hilang dan salah letak. Maka wujudlah keperluan bagi kakitangan pengurusan stor untuk mempertingkatkan kemahiran untuk menguruskan stor dan inventori secara berkesan.


Objektif

1. Memberi garis panduan supaya kakitangan pengurusan stor dapat merancang mengendalikan stor 
    dan inventori secara berkesan

2. Mengajar kaedah mengawal dan memesan stok

3. Mengelak kehabisan stok yang mengakibatkan kelewatan dalam  pengantaran kepada pelanggan

4. Menggunakan sistem rak yang berkesan

5. Menggunakan kaedah kawalan stok yang cemerlang

6. Merekod inventori dengan tepat

7. Memastikan keselamatan inventori dan kakitangan di dalam stor

8. Mengetahui jenis-jenis peralatan pengendalian dan penyimpanan yang efisien

9. Memahami prinsip-prinsip yang digunakan di dalam pembungkusan yang lebih efisien

10.Mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi di dalam stor anda dan  cara-cara mengatasinya.

11.Memperolehi pendedahan kepada teknik-teknik praktikal di dalam  pengendalian kargo, pengurusan  
     stor penyimpanan dan pengagihan    fizikal.


Kandungan Kursus

1. Pengenalan kepada Pengurusan Stor
   Kenapa perlu mengurus stor dengan baik? 
   Fungsi-fungsi stor,tanggungjawab pengurusan stor
2. Menyusun dan Mengendali Stor
   Bagaimana bahan dan barang perlu disimpan,mengenalpasti kawasan stor,menggunakan ruang stor dengan                
   mudah untukmemudahkan carian

3. Kod dan Klasifikasi Bahan
    Memahami kod dan klasifikasi bahan,jenis-jenis kod,menggunakan kod warna

4. Pengendalian Bahan
    Alat pengendali bahan,jenis-jenis alat dan sistem simpanan,  menggunakan sistem automatik

5. Pengawalan Inventori
   Cara mengelak kehabisan stok,Pengiraan dan audit stok,menangani stok lama,kesan pengurusan stok yang   
   lemah 

6. Strategi Pengurusan Inventori
   Mengira jumlah stok yang diperlukan,Jenis-jenis system inventori, memahami EOQ 

7. Keselamatan Stor dan Inventori
   Ciri-ciri keselamatan mengelak kecurian dan kebakaran,menggunakan teknik 5S dalam menguruskan 
   keselamatan stor


Kumpulan Sasaran

Kursus ini sesuai untuk kakitangan yang menguruskan stor dan inventori


No comments:

Post a comment