Tuesday 31 March 2020

Mutiara Kata Encik Azmi


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Jom corakkan hidup kita dengan aktiviti dan pengalaman yang penuh bermakna. Penuhkannya dengan kenangan manis dan bekalan akhirat supaya tiada penyesalan di hujung hayat.

Motivasi Isnin


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saya pasti ramai peniaga yang rungsing dan gelisah sekarang ini. Semakim lama tempoh MCO, maka semakin lama jugalah pendapatan peniaga terjejas. Kami faham kerana kami juga merasa kesanya.

Ya, selepas berakhirnya Covid 19, mungkin keuntungan perniagaan anda tidak gah seperti dahulu, mungkin anda perlu berjimat-cermat semata-mata untuk melihat kelangsungan perniagaan anda.

Namun, usahlah khuatir. Selagi keghairah, kecekalan dan kreativiti anda untuk menjalankan perniagaan masih ada, Insya Allah perniagaan anda akan bertahan. Buat masa ini, sama-samalah kita akur dengan MCO dan duduk di rumah.

Monday 30 March 2020

Mutiara Kata Encik Azmi


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kebanyakan orang boleh menjadi pengajar, tetapi tidak dapat menjadi jurulatih. Ini kerana kejayaan seseorang jurulatih bergantung dengan pelajarnya. Setinggi manapun ilmu dan kelayakan jurulatih, jika beliau tidak dapat melahirkan seorang pelajar yang berjaya, maka beliau, sebagai seorang jurulatih, telah gagal.

Justeru, mempunyai jurulatih yang bukan sahaja boleh mengajar anda, namun memberi motivasi dan kepercayaan kepada anda, apabila anda sendiri tidak percaya dengan keupayaan anda, adalah sangat penting. I have my coach. Do you have one?

Wednesday 25 March 2020

English With Azmi


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Ayat minggu ini ialah Brake VS Break. Brake ialah brek kereta manakala break pula mempunyai banyak maksud. Ianya boleh bermaksud remuk, pecah atau patah, bergantung kepada ayat anda.

English With Azmi bersiar seperti biasa pada malam ini, pukul 8 malam. Anda boleh follow page English With Azmi di Facebook untuk menerima notifikasi LIVE kami. Jangan lupa join untuk belajar Bahasa Inggeris secara percuma 😁😁😁

Tuesday 24 March 2020

Mutiara Kata Encik Azmi


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Admin bukan nak bodek bos ya. Kita selalu melihat pekerja marah dan mencaci bos di media sosial. Namun, apabila keadaan getir seperti yang sedang berlaku sekarang ini, bos yang anda caci dan marah itulah tempat anda meminta pertolongan dan ihsan.

Followers semua, mustahil lah jika anda sentiasa akan berasa gembira dan berpuas hati dengan bos anda. Mesti ada pertlingkahan dan salah faham yang akan berlaku. Namun, jangan biarkan perkara ini mengaburi mata anda hinggakan anda hanya nampak keburukan bos anda.

Motivasi Isnin


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Dengan kes COVID 19 yang semakin meningkat, mereka tetap berjuang untuk memberi yang terbaik kepada pesakit-pesakit. Mereka tidak tentu makan, tidak tentu tidur dan tiada masa untuk keluarga mereka. Namun mereka tetap berjuang untuk menyelamatkan seberapa banyak nyawa yang boleh.

Kepada jururawat semua, khususnya Malaysia, andalah inspirasi kami. Selamat bertugas. Selamat berjihad. Semoga anda dirahmati dan dilindungi Allah SWT.

Friday 20 March 2020

Mutiara Kata Encik Azmi


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari ini, kes COVID-19 di Malaysia telah mencecah 1030 kes. Justeru, admin merayu kepada anda semua, please stay at home, jangan merayau jika ianya tidak penting.

Kita tidak ingin keadaan di Malaysia menjadi seperti di Itali, di mana jumlah kematian terlalu banyak sehinggakan mayat dibawa di dalam trak tentera.

Dengan kesungguhan kita semua sahajalah, kita akan berjaya menangani virus ini, seperti di Korea Selatan. Marilah kita sama-sama berdoa virus ini dapat ditangani secepat mungkin.

Wednesday 18 March 2020

English With Azmi


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kita selalu tersalah menggunakan 2 perkataan Bahasa Inggeris ini. Principle ialah prinsip diri. Manakala, principal ialah merujuk kepada utama/ keutamaan.

English With Azmi tidak akan bersiar malam ini pada pukul 8 malam untuk memberi laluan kepada pengumuman Yang Amat Behormat Perdana Menteri. Namun, anda masih boleh follow page English With Azmi untuk menerima notifikasi LIVE untuk minggu-minggu yang akan datang.

Tuesday 17 March 2020

Motivasi Isnin


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Perdana Menteri kita, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengeluarkan Perintah Kawalan Pegerakan yang akan dijalankan pada Rabu ini. Sehubungan dengan itu, admin berharap para followers tidak panik dan bimbang. Sama-samalah kita renungkan kata-kata ulama tersohor nusantara ini.

Walaupun program latihan kami terhenti buat sementara waktu, anda masih boleh bertanya dan menempah kursus-kursus kami untuk April kelak di 011-25085983 atau emel ke shahrizul@tripleAtraining.com. Admin berharap semoga wabak COVID 19 reda setelah Kawalan Pegerakan ini berakhir. Selamat bercuti kepada semua dan jagalah kesihatan anda.

Friday 13 March 2020

Tazkirah Jumaat


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Salam jumaat, penghulu segala hari. Admin ingin berkongsi sedikit kata mutiara dari seorang tokoh Islam yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Digeruni dan dihormati bukan sahaja kerana kekuatan nya, namun juga kebijaksanaan nya. Beliau ialah Saidina Umar bin al-Khattab r.a.

Seperti biasa, jika anda ingin menyertai kursus-kursus kami, sila hubungi saya di talian 011-25085983 atau emel saya di shahrizul93@gmail.com