Monday 25 May 2020

Kata-Kata Motivasi


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Salam 2 syawal.

Semua orang mengimpikan masa depan yang lebih baik. Namun, untuk mencapainya tidaklah semudah yang dijangka. Dalam membina masa depan yang lebih baik, dugaan demi dugaan menghimpit kita.

Dugaan semasa Covid-19 ini amatlah sukar. Ada di antara kita yang dibuang kerja. Graduan lebih sukar mendapatkan kerja. Peniaga-peniaga pula mengalami kerugian yang dasyat sehingga mereka terpaksa tutup kedai.

Dugaan-dugaan seperti ini membuatkan kita penat lalu berputus asa untuk membina masa depan yang lebih baik untuk diri dan keluarga anda.

Namun ingatlah, jika anda ingin masa depan anda menjadi lebih baik, maka bersusah payahlah mulai dari sekarang. InsyaAllah, kejayaan akan datang kepada anda kelak.

#tripleAtraining
#traininganddevelopment
#skillsenhancement
#professionaldevelopment
#productivityandperformance
#pembelajaransepanjanghayat
#HRDFRegisteredTrainingProvider
#PembekalLatihanBerdaftarMOF
#PembekalLatihanBerdaftarKementerianKewangan
#PembekalLatihanBerdaftarEperolehan

No comments:

Post a Comment