Pengenalan
Program ini adalah bertujuan untuk membina lebih keyakinan, pengetahuan dan kemahiran individu di bidang pemanduan.
Objektif
Memastikan pemandu memiliki etika dan tingkahlaku yang berhemah serta teknik pengendalian kenderaan dengan betul dan mematuhi peraturan lalulintas dengan berpandukan tanda-tanda isyarat lalulintas.
Hasil Pembelajaran
Peserta akan lebih berkeyakinan, berketerampilan dan berpengetahuan dalam menjalankan tugas sebagai pemandu yang sentiasa mematuhi peraturan lalulintas, pengendalian sesebuah kenderaan dengan lebih berhemah serta dapat menyelenggara kenderaan mengikut jadual mengikut kehendak pengeluar dan organisasi.
Kandungan Program
MODUL 1 - PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB PEMANDU
MODUL 2 - KEFAHAMAN PERUNDANGAN DAN PERATURAN LALULINTAS
MODUL 3 - PENGENDALIAN KENDERAAN DI JALAN RAYA AWAM
Objektif Prestasi
Membuat persediaan memandu dengan menggunakan kemahiran dan pengetahuan serta pengalaman untuk memastikan keselamatan semasa berada di jalan raya.
Langkah - langkah :
Membuat Persediaan Pengetahuan
- Prinsip pemegang lesen memandu (CDL)
- Peranan dan tanggungjawab rakyat Malaysia
- Pengurusan diri dan imej penampilan
- Kerjasama berpasukan
- Tentang Akta Pengangkutan Jalan 1987 ( JPJ)
- Kaedah Pengangkutan Jalan
- Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP)
- Faedah membuat pemeriksaan kenderaan
- Fungsi tanda-tanda isyarat lalulintas
- Komponen-komponen asas kenderaan
- Penggunaan peralatan kenderaan dengan betul
- Mengesan kerosakan awal kenderaan
Kemahiran
- Mampu mengurusan keletihan
- Berkomunikasi dengan berkesan
- Memahami informasi keselamatan jalan raya
- Bertindak dengan kefahaman
- Mematuhi tanda-tanda isyarat lalulintas
- Melakukan pemeriksaan kenderaan dengan berkesan
- Mengawal kenderaan secara berhemah sepanjang masa
- Menjangka sesuatu bahaya semasa dalam perjalanan
- Memeriksa dokumen-dokumen penting sebelum memulakan perjalanan
- Memastikan kebersihan kenderaan
Sikap
- Sentiasa mengamalkan kawalan kendiri
- Sentiasa mematuhi peraturan syarikat/organisasi
- Sentiasa mematuhi peraturan lalulintas
- Sentiasa mengawal kenderaan secara berhemah
MODUL 1 - PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB PEMANDU
Modul ini yang dilaksanakan untuk membina kemahiran, pengetahuan dan keupayaan dari segi mental serta fizikal bagi menjadikan seseorang sebagai pemandu yang mempunyai jati diri dan berintegriti. Secara khususnya, latihan-latihan yang dilalui dapat mempertingkatkan tahap keyakinan yang tinggi dengan tujuan keselamatan semasa mengendali sesebuah kenderaan. Individu harus memiliki daya tahan, disiplin yang tinggi serta keyakinan diri bagi memikul tanggungjawab yang diamanahkan. Keselamatan dan keselesaan serta jangka hayat sesebuah kenderaan bergantung pada perlaksanaan bersama diantara pemandu dan pihak organisasi.
MODUL 2 - KEFAHAMAN PERUNDANGAN DAN PERATURAN LALULINTAS
Modul ini diaplikasikan untuk memperluaskan pengetahuan tentang perundangan dan peraturan untuk meningkatkan perasaan cinta, taat serta pengorbanan kepada negara. Melalui penerangan dan kefahaman yang jelas, betul dan tepat dalam kumpulan. Peserta perlu memahami perundangan dan peraturan lalulintas supaya dapat membantu dalam mempertingkatkan lagi kualiti pengendalian kenderaan di jalan raya. Mempelajari tentang perundangan dan peraturan yang merangkumi dasar, perlaksanaan serta penguatkuasaan dan cabaran. Melalui elemen-elemen tadi, peserta akan dibantu untuk membina serta memupuk rasa kasih kepada negara dan mematuhi peraturan. Peserta dapat mengetahui bagaimana undang-undang dibuat dan dikuatkuasakan serta peraturan yang ada di negara kita.
MODUL 3 - PENGENDALIAN KENDERAAN DI JALAN RAYA AWAM
Modul ini juga amat penting kerana ia menentukan perilaku seseorang peserta semasa berada di jalan raya untuk mengawal kenderaan dengan betul mengikut peraturan lalulintas. Etika seseorang pemandu kenderaan mesti melakukan perilaku yang berhemah sebelum memulakan perjalanan seperti membetulkan tempat duduk, cermin, kebersihan dan tali pinggang keselamatan. Semasa perjalanan, etika seorang pemandu sentiasa memberi perhatian, tumpuan, jarak mengekori 2 hingga 4 saat, peraturan memotong dan membrek secara perlahan. Peserta dapat memahami teknik pemanduan berekonomi serta mengamalkan teknik kawalan kenderaan. Mengenalpasti, menjangka dan bertindak dengan betul apabila berhadapan dengan halangan atau bahaya dengan selamat.
Metodologi
Kaedah yang digunakan adalah bersifat interaktif dan penyertaan, bagi membolehkan para peserta memahami dan menghayati input Latihan dan Pendidikan. Kaedah tersebut termasuklah:
- Pembentangan Fasilitator dan Perbincangan
- Perbincangan Kumpulan dan Persembahan
- Ujian Bertulis
- Pemeriksaan Kenderaan
- Latihan Praktikal Pemanduan di jalanraya
No comments:
Post a Comment