Monday 8 June 2020

Kata-Kata Motivasi


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kita tidak dapat mengelak dari perasaan cemburu. Ada sahaja orang yang kita akan cemburukan walaupun kita adalah seorang yang cukup hidupnya kerana cemburu kita pelbagai-bagai.

Ada orang yang kita cemburu kerana mereka memiliki harta yang banyak, ada pula kerana mempunyai banyak masa bersama keluarga, ada pula kerana memiliki isteri/ suami yang cantik/ kacak dan pelbagai lagi.

Kadang-kala kerana cemburu yang melampau, kita mula merasa dengki kepada orang yang kita cemburukan. Maka, kita mula mengatur langkah dan strategi untuk menjatuhkan mereka.

Nasihat saya, ingatlah bahawa Rasulullah S.A.W pernah bersabda, "Jauhilah sifat dengki atau iri hati, kerana sesungguhnya dengki itu memakan amal kebaikan seperti api memakan kayu bakar" (HR Abu Dawud)

#tripleAtraining
#traininganddevelopment
#skillsenhancement
#professionaldevelopment
#productivityandperformance
#HRDFRegisteredTrainingProvider
#PembekalLatihanBerdaftarMOF

No comments:

Post a Comment